Sunday, 27 February 2011

Tajuk:
Sejarah dan kegiatan masjid Al-Ansar Taman Keramat Gombak, Selangor

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

Disediakan oleh:
Ahmad Kamil Adnan bin Ahmad Sukarno
No matrik: 2010687928
Kumpulan: BMD2Ac

PROGRAM:
Diploma Pengurusan Perniagaan

Tarikh serah: 28 februari 2011




1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Pengertian masjid
5. Sejarah penubuhan
6. Peranan
7. Masalah
8. Penyelesaian
9. Penutup
10. Bibliografi

                                                  Gambar Masjid Al Ansar Taman Keramat

Tajuk:
Sejarah dan kegiatan masjid Al-Ansar Taman Keramat Gombak, Selangor

ABSTRAK:

Masjid merupakan tempat untuk  melakukan pelbagai aktiviti selain daripada beribadah. Di zaman Rasullah masjid merupakan tempat utama persinggahan atau perbincangan jika berlaku permasalahan ataupun perbezaan pendapat di kalangan umat islam. Berbeza dengan zaman sekarang  kebanyakan umat islam hanya menganggap masjid tempat untuk menunaikan solat sahaja. Masjid merupakan tempat suci dan merupakan rumah allah. Apabila masuk ke dalam masjid umat islam hendaklah mematuhi adab-adab mengunjungi masjid. Hadir ke masjid merupakan di antara amalan fardhu kifayah bagi umat islam. Orang mukmin seharusnya menunaikan solat di masjid berbanding di rumah jika tidak ada keuzuran.

PENDAHULUAN

Bersyukur kepada allah atas limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini akhirnya. Segala pujian  bagi para nabi-nabi dan juga para sahabatnya. Tujuan kerja kursus in bukan sahaja setakat unuk mendapatkan markah malah lebih daripada itu sebenarnya. Saya dapat menambah ilmu yang belum saya ketahui sebelum ini dan juga mengubah pandangan saya terhadap peranan masjid masa kini kepada umat islam. Dalam kerja ini saya lebih memfokuskan peranan masjid dan juga usaha-usaha untuk menarik masyarakat untuk mengunjungi masjid dengan lebih kerap. Harapan saya agar selepas ini masyarakat kembali ke jalan Allah s.w.t kerana banyak tanda-tanda menunjukkan hari kiamat sudah dekat. Banyakkan melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Kesimpulannya masyarakat hendaklah berasa dekat dengan masjid kerana masjid itu merupakan tempat suci allah s.w.t    Masjid al ansar Taman Keramat terletak di Gombak, Selangor . ia  boleh menampung  seramai 8000 jemaah. Ia di buka oleh Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hasanuddin Alam Shah Al-Haj pada hari Jumaat 17 Rabiulakhir 1412 iaitu 25 Oktober 1991.

KONSEP

 Riwayat:
Ketika Usman bin Affan bermaksud hendak merombak masjid (Madinah), orang ramai tidak setuju. Mereka lebih suka membiarkannya sebagaimana adanya. Maka berkata Usman bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda
Riwayat Bukhari dan Muslim. Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga.
Huraian Hadith:  Masjid dan surau menjadi pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam sama ada bagi mengerjakan ibadat, menuntut ilmu dan menerima nasihat pengajaran demi kebaikan dan keselamatan di dunia dan di akhirat Ia usaha pertama dibuat semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah Masjid perlu dimakmurkan dengan pelbagai program agar mendapat rahmat dan hidayah Allah sentiasa.
 (al-Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah
Huraian Hadith:  Masjid diambil dari perkataan sujud yang bererti taat, patuh dan tunduk dengan penuh hormat di mana meletakkan dahi, kedua telapak tangan dan jari-jari kaki adalah bentuk lahiriah yang paling nyata dari makna-makna tersebut. Dari sini bangunan yang secara umum digunakan untuk sujud, solat dan mengabdi kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, dinamakan masjid.
 Tiga buah masjid yang penting dan sangat agung di dalam sejarah umat Islam ialah Masjidil Haram, Masjid Nabi dan Masjidil al-Aqsa. Antara tempat-tempat istimewa yang ada pada dalam masjid Nabi ialah terdapatnya makam Nabi Muhammad s.a.w dan juga satu kawasan bernama Raudhah yang disifatkan sebagai tempat yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang bersembahyang di masjid ku empat puluh sembahyang (dengan syarat) ia tidak ketinggalan satu sembahyang pun, akan dituliskan baginya pelepasan dari neraka, dan pelepasan dari azab siksa dan ia juga akan bersih dari sifat munafik (Imam Ahmad dan at-Tabrani)





HURAIAN

Pelbagai kegiatan dan aktiviti yang dilakukan di masjid  setiap tahun. Saya cuba meringkaskan dan lebih megutamakan aktiviti yang penting sahaja. Perkara yang wajib dilakukan pada setiap masjid ialah solat berjemaah pada waktu Subuh , Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Sambutan jemaah  di masjid ini sangat mengalakkan tetapi sambutan di kalangan para remaja dan warga muda masih lemah. Setiap hari Khamis malam akan diadakan bacaan yassin dan tahlil untuk kaum muslimin dan muslimat yang sudah meninggal dunia. Kadang kala ada disediakan sedikit kenduri untuk para jemaah hasil kutipan derma di masjid. Keesokan harinya iaitu hari jumaat masjid akan membuat persiapan untuk solat Jumaat. Umat islam akan berpusu-pusu ke masjid untuk mendengar khutbah yang di sampaikan oleh khatib seterusnya menunaikan solat Jumaat.
Pada 15 Februari 2011 baru-baru ini umat islam serata dunia menyambut maulidul rasul iaitu hari kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Masjid Al-Ansar turut sama menyertai perayaan ini dengan jayanya.
Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"
Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a didalam hati-hati mereka.
Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.
Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a.

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)
Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

2-3 Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w) Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).

Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Malangnya, pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA.
2-4 Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah
 Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.
2-5 Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"
 Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam  keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

Majlis Sambutan Maulid Nabi peringkat Masjid Al-Ansar Taman Keramat yang disertai oleh 13 buah surau dan beberapa buah sekolah. Antara sekolah yang menyertai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1, Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 2, Sekolah Rendah Agama Intergrasi, Sekolah Rendah Al Amin. Pada pukul 8.30 pagi para pelajar berkumpul di padang AU2 . Selepas itu pelajar berarak menuju ke masjid al-ansar. Program dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Nazir masjid . selepas itu ceramah di berikan oleh ustaz Farid Ravi yang bertajuk sejarah kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Program lain yang di jalankan ialah pertandingan sepanduk tercantik, tulisan khat, pertandingan mewarna, berpidato dan lain-lain lagi. Sambutan di kalangan kanak-kanak dan remaja amat mengalakkan.




                                                Gambar para pelajar berkumpul untuk berarak


Gambar sepanduk Sekolah Rendah Agama Intergrasi


Gambar sepanduk Sekolah Al Amin




Para pelajar khusuk mendengar ceramah

Usaha-usaha untuk menarik golongan ke masjid kerap dilakukan. Aktiviti seperti perkhemahan kerohanian dan motivasi, kem kembara , konvoi ke masjid dan surau dan banyak lagi. Bagi mereka yang fasih membaca al-quran dengan bertaranum masjid ini mengadakan majlis Tilawah Al-Quran dengan menyediakan hadiah yang lumayan. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu peringkat kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 10-12 tahun manakala peringkat remaja 13-17 tahun. Peringkat saringan dilakukan untuk memilih di kalangan 5 yang terbaik termasuk johan menunggu iaitu mereka yang memenangi majlis tilawah yang lepas. Pada peringkat saringan para peserta memilih surah dan ayat mereka sendiri manakala peringkat akhir para peserta di undi dan membaca surah dan ayat yang telah di tetapkan oleh pihak masjid.
Aktiviti tahunan yang dilakukan setiap kali ialah majlis korban dan akikah bagi menyambut hari raya Aidil Adha. Bagi jemaah yang ingin melakukan ibadah korban boleh mendapatkan borang untuk diisi. Masjid akan mengeluarkan notis seawal mungkin untuk mengelak sebarang masalah. Selepas solat Aidil Adha upacara penyembelihan dilakukan oleh jemaah yang bertugas. Ada juga warga muda turut serta menolong seperti melapah daging dan mengagihkan kepada penduduk setempat.


Tempat lembu di simpan untuk di sembelih pada sambutan Aidil Adha

Begitu juga pada bulan Ramadhan iaitu bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. boleh dikatakan ketika bulan ini terutama di waktu malam ramai jemaah mengerjakan solat Isyak dan solat Tarawikh. Umat islam ketika bulan ini berebut-rebut melakukan kebaikan untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Pada siang hari umat islam berpuasa manakala pada waktu malam umat islam beribadah dan berusaha mendapatkan keampunan Allah s.w.t . Ibu bapa ketika ini mengalakkan anak-anak mereka untuk turut serta melakukan solat tarawikh. Setelah selesai solat Tarawikh majlis Tadarus Al-Quran diadakan. Ia bertujuan untuk mengajar mereka yang tidak reti membaca Al-Quran dan juga memperbaiki bacaan setiap masa. Warga muda digalakkan menyertai program ini supaya mereka tahu membaca Al-Quran dan juga memahaminya.    



PENUTUP
Kesimpulannya masyarakat masa kini hendaklah mengunjungi masjid dengan lebih kerap dan juga turut serta membantu untuk membangunkan institusi masjid seperti di zaman Rasulullah s.a.w. Masjid yang dibina bukan setakat megah dengan kecantikannya malah ianya lebih daripada itu. Tidak ada gunanya membina masjid di merata-rata tempat jika tidak ada umat islam yang mengunjungi. Umat islam hendaklah berubah dan melakukan sesuatu supaya remaja masa kini tidak hanyut dengan arus pembangunan masa kini. Sumber yang harus menjadi pegangan dan rujukan masyarakat islam ialah Al-Quran As-Sunnah. Jika berpegang kepada dua ini nescaya tidak akan sesat. 
  


RUJUKAN


AL-QURAN DAN TERJEMAHAN

IMAM MASJID AL ANSAR : USTAZ HAJI KAMARUDDIN

PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KERAMAT: SARJAN HASSAN BIN BINGKEK

BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM  TINGKATAN 1,2, 3,4 DAN 5

http://www.islam.gov.my/ LAMAN WEB JAKIM